Selasa, 3 April 2012

Ke Arah Persijilan 5s di Office saye!

Assalamualaikum ... Dah lama x update blog...maklumla bz sejak 2 bulan kebelakangan ni... Maklumlah institut kami menyahut seruan dan cabaran ke arah Persijilan Amalan 5s. Seluruh warga institut bertungkus lumus. Masa yg diberikan kepada kami hanya 3 bulan dan keluasan tempat kami 82 ekar (kalo x silap). Apa itu Amalan 5s? Sy pon bengong2 gak mula2..tapi apabila menggalas tanggungjawab yang diberikan memang rasa nak pengsan. Balik kerja dah gelap, tak sempat masak, tension, stress, dan berbagai2 lagi la... Pada pengalaman dan pendapat sy secara peribadi, sy sukakan Amalan 5s ni, esp. di jabatan / agensi kerajaan. Sebab ia bersifat mendidik kita ke arah budaya kerja yang mampu membantu mengurangkan karenah birokrasi, maklumat yang tepat, sistem fail yang mudah dan persekitaran kemas teratur. But on the other hand, of course yang memainkan peranan adalah Jawatankuasa Induk dalam menentukan halatuju Amalan 5s. Jika peringkat induk lagi kita dah tersilap, mak aih...alamatnye, bkerje la kite siang malam, hari sabtu dan ahad. Oklah, sy bukan nak bercerita panjang ...bosan, kerja2 keras semua dah berlalu, kini tinggal S yg kelima iaitu, SENTIASA AMAL. Dari semasa ke semasa kerja2 penambahbaikan still carry on. Bagaimana pon cabarannya Tahniah kepada semua warga institut termasuk para pelajar yang sentiasa bekerjasama, gotong-royong, dan saling membantu.


 Gambar di atas ni adalah carta pergerakan pegawai di Bahagian kami.

  Dan yg ini adalah carta pergerakan dilekatkan pada partion staff. Design dia ade mcm2 ikut kreativiti zon masing2. Ini adalah contoh yg digunapakai oleh zon kami. :)

Ini pula contoh PIC = Person In Charge. Dipamerkan pada tempat/ kawasan/ bilik/ mesin yang dipertanggungjawabkan atas pegawai yg berkenaan.


 Beginilah design partition dalam drawer Alat Tulis zon Durian. :)




Penanda aras borang/kertas/benda yang guna habis.

Ini adalah contoh susunan dan sistem bilik fail di Cawangan Kewangan. Tips utk sistem fail adalah perlu kelaskan fail terlebih dahulu, lps tu tentukan kod dan indeks utk kelas2 fail, then baru buat tagging n labeling, finaly, buat master indeks.


Beginilah peralatan yang digunapakai harian, ada tempat yg sesuai, ada garis sempadan, ada S.O.P(Standard Operation Prosedure) dan juga PIC.



Tandas Wanita.huhuhu...:)

Pelan lantai untuk suis lampu/kipas sekiranya terdapat lebih daripada 1 suis. Boleh menggunakan kod warna, abjad ataupun nombor. 

 dan...yang sgt2 perlu dititikberatkan adalah ciri2 keselamatan spt, FIRE ESTINGUISHER! Perlu diletakkan di laluan EXIT .Pastikan dalam keadaan yang baik serta disimpan di rak/ disangkut pada tempat yang sesuai dan tiada benda lain yg menghalang.


Tagging yang boleh digunapakai di tempat-tempat umum.

Sudut 5s Zon Manggis

Sudut 5s Zon Betik

Sudut 5s Zon Belimbing

dan gambar terakhir ni sudut 5s Zon Durian! Nama Zon yg sesuai dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang memang GLAMOUR macam larisnya DURIAN di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.hehehe...jgn jelous ye...:) Mana x glamour, situlah unit promosi, unit kaunseling, unit kerjaya, pengambilan pelajar, disiplin, dan sukan.

Semua hasil ini adalah dalam masa sebulan lebih sahaja sebenarnya kerana proses SISIH mengambil masa yang lebih lama.Sungguh berbaloi dan membanggakan apabila layak mendapat pengiktirafan dari MPC (Malaysia Productivities Counsil -if im not mistake)

Well done to all staff and students for such a beautiful enviroment and such a great teamwork! Lets bring it on to be the BEST rating among the best IKBN SeMalaysia! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan